Dalam sibuk kemas2 umah tengahari tadi,aku terjumpa fail2 lama.Sayang...fail2 tu sarat ngan ilmu2 tapi dh lama aku xbelek...rugi kan...bila ilmu itu ada tp kita wat dunno ja...huhu...jadi,aku amik keputusan untuk tulis sedikit sebanyak ilmu-ilmu yang ada dalam simpanan aku nih...daripada terbiar camtu ja...baik aku tulis kat cni...sekurang2nya if ada org sesat kat blog ni,leh jugak dia baca...dan semestinya ilmu tue utk renungan diri sendiri jugak...yang sentiasa mencari kesempurnaan hidup...
Ok...let's start reading this entry and try to parctice it in our life k...
Seorang perempuan telah menemui Hassan Al-Basri lalu berkata,"Wahai guru,saya mempunyai seorang anak yang telah meninggal dan saya teringin melihatnya". Maka Hassan Al-Basri pun menyarankan agar wanita itu berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.
Setelah mengamalkan apa yang disuruh oleh Hassan Al-Basri,wanita tersebut bermimpi. Dalam mimpinya, dia melihat anak gadisnya berada dalam neraka, lehernya dibelenggu sementara kedua kakinya diikat. Kemudian, wanita itu terus berjumpa dengan Hassan Al-Basri lalu menceritakan perihal anaknya. Maka Hassan Al-Basri dan wanita itu menangis.
Setelah beberapa waktu berlalu, Hassan Al-BAsri bermimpi, dalam mimpinya beliau melihat seorang gadis berada di dalam syurga yang duduk di atas tilam dan di kepalanya terdapat mahkota yang memancarkan cahaya timur dan barat. Si gadis menegur Hassan Al-Basri seraya berkata, "Akulah anak perempuan yang suatu ketika tuan guru pernah mengajarkan kepadanya selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w". "Katakan padaku bagaimana kamu memperoleh kedudukan ini?" tanya Hassan Al-BAsri. "Wahai tuan guru, seorang hamba Allah telah melewati tanah perkuburan lalu dia membaca selawat dan disedekahkan kepada kami. Tatkala itu juga kami mendengar suara yang berkata, "Hentikan seksaan ke atas mereka dan bebaskan mereka semua disebabkan ucapan selawat hamba Allah itu ke atas Rasulullah s.a.w".
sekian utk entry kali ni...nnti kalu aku rajin,aku kongsi lg ye...
p/s:jazakallah kepada seorang sahabat aku ni yang bernama mohd khalis...kerana mengajarkan aku dan kwn2 yang len selawat fatih...barakallufik...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment