Saturday, December 19, 2009

UMUR BERAPA SESUAI UNTUK KAHWIN..??

MASIH TERNGIANG2 DI TELINGA AKU,SOALAN PEBERET TIAP KALI MUKA AKU MENJENGAH MANA2 KENDURI DI MUSIM CUTI SEKOLAH NIE..."BILA KO NK KAWEN?".."BILA LAK TURN KO NI?KAWAN2 KO DH RAMAI YG KAWEN"..."KO KAN DH TUNANG,BILA LAK NAK KE PERINGKAT SETERUSNYA WEH?".

Aiseh..Sebenarnye soalan ni la paling malas sekali utk dijawab...Kang kalu aku jawab 'no comment' kang,orang kata poyo je nk ikut jawapan artis!haaa.....
Rilek la...Bukan aku xmo kawen...Tapi hal kawen ni bukan leh wat cincai2 ja...Masing2 da impian..Masing2 da komitmen kan...huhu...Aku pon teringin gak nk kawen awal...Siyes!eheh...Pertama,of kos la nk ikut sunnah nabi..
ececece...bab ni rajin plak ikut sunnah ek..hehe
..Kawen awai ni leh elak maksiat..betoi x...
betoi3...Aku tolong jawab siap2 ye..sbb soalan ni kn mmg dh kompem jawapannya..hee...
Kedua,kawan2 sebaya aku ramai dh wei yg kawen!!Ada yang meninggalkan dunia remaja diorang sebaik ja tamat SPM!
Adakah ini menunjukkan yg aku tak laku??Aiyak..haha..
Ketiga,ada plak yg dh ada anak wooo....Comel-comel. Montel-montel.
eee geram!


Kalu ikut orang dulu2, umur dh melewati 20 tapi masih tak naik pelamin lagi,orang tua dh gelisah.
Jalan pon seperti ayam rabun
. Setiap kali ke kenduri, ibu bapa rasa tak sedap..ye la,asyik tengok anak orang naik pelamin,anak sendiri calon pon tak dak lagi...hehe...Berbeza betul dengan situasi masa kini..umur 20-an bukanlah umur yang dikira ideal untuk mendirikan rumah tangga. Sekarang, umur 20-an masih dianggap zaman belajar. Lepas tamat SPM, masuk maktab atau kolej matrikulasi ataupun ada yang buat diploma di universiti2 pilihan masing. Kemudian,bagi yang cemerlang pula akan sambung lagi ke peringkat ijazah pula sebelum menyambung untuk ke peringkat master dan Ph.D...

Masa yang sepatutnya naik pelamin, diganti dengan menuntut ilmu..
huh kalau la aku diberi pilihan,aku pilih kawen dulu kot..haha...
Sibuk masuk kuliah, keluar kuliah, asyik kepit buku tebal dan sibuk dengan assignment2 sehingga tidak sedar umur sudah menghampiri 30-an. Apabila keluar universiti,ada pula yang ingin kerja dulu untuk membantu orang tua. Ibu bapa pon teringin juga rasa duit anak...Sudah kerja,minat pula untuk naik pangkat. Maka tangguh lagi perkahwinan..aiyak..Bagi lelaki,ada plak yang fikir kalau sudah jadi suami sibuk hendak menjaga anak isteri, mana ada masa untuk bekerjaya. Bagi perempuan plak,apabila sudah kawen,asyik hamil ja setiap tahun,mana ada peluang untuk naik pangkat..
haish!


Kesimpulannya,aku tak tau umur berapa anak dara atau anak teruna zaman sekarang patut kawen. Tetapi sekadar pandangan, ada baiknya ketika di kampus masing-masing sudah 'cup' bakal pasangan hidup..
Bukan nak galakkan korang bercinta tau..
Bila sudah terikat dengan cinta kampus,mungkin tidak ada masalah untuk kawen apabila habis belajar nanti..
dan semestinya bila duit pon dah cukup kan..hehe...
Tapi,jangan pula asyik bercinta hingga mengabaikan pelajaran!!dan bila bercinta tu,haruslah pandai menjaga batas2 pergaulan sebagai seorang muslim dan muslimah k...

p/s:bukan nk tunjuk islamic,tapi dh nama pon orang islam..cubalah untuk hidup cara islam.

Thursday, December 17, 2009

...salam maal hijrah 1431...

Bismillahirrahmanirrahim....

Firstly i would like to take this opportunity to wish all my muslim Brothers and Sisters "Salam Ma’al Hijrah 1431"...

In view of the new year, we are encourage and with deead to recite the Doa when to depart from the current year of 1430 after Asr’ prayer and recite the welcoming Doa for the new year of 1431 after Maghrib prayer today...The Doa are written in Arabic and translated in Bahasa Malaysia.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: “Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.



Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


p/s:May Allah The Gracious, bless us all in this new year and grant us the strength to steadfast with the Quran n Sunnah...n make a lot of Amal or Good deeds to others...May Allah grant us good health n also to our family n the whole Ummah...May Allah grant us a lot of wealth in this new year n years to come...ameen...

Tuesday, December 15, 2009

Berkat Selawat ke atas Rasulullah

Dalam sibuk kemas2 umah tengahari tadi,aku terjumpa fail2 lama.Sayang...fail2 tu sarat ngan ilmu2 tapi dh lama aku xbelek...rugi kan...bila ilmu itu ada tp kita wat dunno ja...huhu...jadi,aku amik keputusan untuk tulis sedikit sebanyak ilmu-ilmu yang ada dalam simpanan aku nih...daripada terbiar camtu ja...baik aku tulis kat cni...sekurang2nya if ada org sesat kat blog ni,leh jugak dia baca...dan semestinya ilmu tue utk renungan diri sendiri jugak...yang sentiasa mencari kesempurnaan hidup...

Ok...let's start reading this entry and try to parctice it in our life k...

Seorang perempuan telah menemui Hassan Al-Basri lalu berkata,"Wahai guru,saya mempunyai seorang anak yang telah meninggal dan saya teringin melihatnya". Maka Hassan Al-Basri pun menyarankan agar wanita itu berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.

Setelah mengamalkan apa yang disuruh oleh Hassan Al-Basri,wanita tersebut bermimpi. Dalam mimpinya, dia melihat anak gadisnya berada dalam neraka, lehernya dibelenggu sementara kedua kakinya diikat. Kemudian, wanita itu terus berjumpa dengan Hassan Al-Basri lalu menceritakan perihal anaknya. Maka Hassan Al-Basri dan wanita itu menangis.

Setelah beberapa waktu berlalu, Hassan Al-BAsri bermimpi, dalam mimpinya beliau melihat seorang gadis berada di dalam syurga yang duduk di atas tilam dan di kepalanya terdapat mahkota yang memancarkan cahaya timur dan barat. Si gadis menegur Hassan Al-Basri seraya berkata, "Akulah anak perempuan yang suatu ketika tuan guru pernah mengajarkan kepadanya selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w". "Katakan padaku bagaimana kamu memperoleh kedudukan ini?" tanya Hassan Al-BAsri. "Wahai tuan guru, seorang hamba Allah telah melewati tanah perkuburan lalu dia membaca selawat dan disedekahkan kepada kami. Tatkala itu juga kami mendengar suara yang berkata, "Hentikan seksaan ke atas mereka dan bebaskan mereka semua disebabkan ucapan selawat hamba Allah itu ke atas Rasulullah s.a.w".

sekian utk entry kali ni...nnti kalu aku rajin,aku kongsi lg ye...


p/s:jazakallah kepada seorang sahabat aku ni yang bernama mohd khalis...kerana mengajarkan aku dan kwn2 yang len selawat fatih...barakallufik...

Monday, December 14, 2009

malam ini.

aku menangis.merintih.

sungguh.

hatiku terluka.

Sunday, December 13, 2009

CINTA SEJATI LANGIT DAN LAUT....^^....

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta.
Mereka saling menyukai di antara satu sama lain.
Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit.
Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama dengan warna
laut....


Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit.
Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan....


Suatu hari, datanglah awan.
Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama.
Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut.
Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja.
Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal.
Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut.
Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.....


Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit.
Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya.
Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil.
Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut.
Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin....


Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan.
Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit.
Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih....


Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan....
Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih....
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran....^^....

p/s:spesel credit tu my junior.....die yg bg citer ni....tengkiu laling....*suke*

Saturday, December 12, 2009

buat sume bakal2 pengantin...part 1....^^...

hehe...aku xpasti la leh pakai ke x pantang larang ni...aku boring...sj la baca blog org2 yg nak kawen..then,aku jumpa la pantang larang ni...so..bacalah...kalu rs nk ikut,ikut ah...kui3....

syoknya korg sume nk kawen dah kn...*jeles*...haha....

pakai baju santek...dapat byk hadiah....pgg bunga..posing depan kamera...

waaa aku pon tumpang gembira la ngan korang.....weeee.....*over*

ok2....ni dia pantang dia....


10 pantang larang sebelum naik pelamin:

1. Jangan kuar dengan pasangan selama 40 hari
2. Jangan bebas kuar mana2, takut kena santau
3. Jangan makan nasi dengan gulai kuah beberapa bulan sebelum naik pelamin. Untuk elakkan perut buncit.
4. Elak mandi malam
5. Elakkan kena matahari
6. Jangan berembun jauh dari rumah dan kuar malam takut ada unsur jahat
7. Jangan bercelak dan potong rambut seminggu sebelum majlis
8. Jangan buat kerja berat, tubuh akan lemah dan beremosi
9. Elakkan makan dan minum sayur yang bersifat sejuk macam kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar dan tubuh cergas
10. Dilarang pandang cermin masa tengah solek


ok la....yg tu ja yg aku dapat.....huhu....


SELAMAT JADI PENGANTIN BARU KORANG....
SEMOGA JADI ISTERI SOLEHAH...AMIN...^^.....

Tuesday, December 1, 2009

salam aidiladha......^^.....

hopefully,xterlambat utk aku ucapkan selamat hari raya aidiladha buat semua muslimin dan muslimat......semoga kita semua dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenar....dan semestinya raya kali nie,aku juga berkorban...hehe....sebab...aku turut menemani ma yang terpaksa on call di pagi raya....syahdu sungguh setiap kali kedengaran takbir raya dari masjid yang letaknya di hadapan hospital taiping......

hari itu juga,aku perhatikan seketika raut wajah ma yang begitu sibuk daripada biasa.....sungguh!rasa terharu menyelubungi segenap hati dan perasaanku....ma telah banyak berkorban demi anak-anaknya...pengorbanannya itu mana mungkin utk aku balas walau aku bersamanya sepanjang hayatku...selamat hari raya ma....maafkan segala salah silap nini..semoga setiap titik peluh n pengorbanan ma diambil kira oleh Allah sebagai pahala yang berlipat kali ganda....ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosa ibuku....berilah kesihatan yang baik pada ibuku supaya dia dapat beribadat padaMu ya Alah....berikanlah pahala yang berlipat kali ganda padanya ya Allah atas setiap pengorbanannya pada kami....kurniakanlah syurga padanya....amin....

hari raya kedua juga aku meraikannya di hospital taiping....cuma hari ni agak berbeza....sebab tunang aku turut beraya bersama aku dan ma....syok sgt masa tu...rasa romantik macam dalam citer korea plak....haha...tunang aku juga banyak berkorban utk aku....selama hampir 4 tahun kami bergelar 'couple', dan setahun sebagai 'tunang', aku akui sememangnya die telah banyak berkorban untuk aku...berkorban masa,hati dan semestinya duit sekali....hehe.....selamat hari raya die...ntah2 nanti org plak kena teman die on call di hari raya.....uwaaaaaaaaa.........xpe2...pengorbanan!



akhir kalam.....SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT....^^.....

Monday, November 23, 2009

......my first entry....^^......

salam....i've been meaning to start since i got hooked on reading other blogs....

Actually,dah lama dah teringin nak ada blog....but i knows how lacking my knowledge is with internet and computer stuff.... tapi bila fikir2 lik...hey, we have to start somewhere,right?

so this is my first blog......i named it as "it's all about a girl"....about her life, her love,her dreams and everything else.....n of course that girl was me! *shy2 cat*...

enough for today...to all bloggers, please.....guide me.....*really2 mengharap*....